Alhamdulillah.. Alhamdulillahi robbil ‘alamin, wassholatu wassalamu’ala asrofil anbiya’i wal mursalin, wa ‘ala alihi wasohbihi ajma’in.
Selawat serta salam ke atas junjungan besar Rasulullah Sallallahualihi wassalam dengan limpah kurnia illahi dan rahmat alam yg diperturunkan segala khasiat penawar bagi yang memerlukan.
Sahabat semua, sesungguhnya pada hari ini keadaan manusia umumnya sibuk dengan benda-benda yang telah diciptakan oleh Allah Subhanawataala, seperti matahari, bulan, langit, bumi dan seluruh yang berada di antara keduanya, dan ciptaan-ciptaan Allah lainnya. Inilah hakikat sebenar kita umat manusia kini. Dan manusia juga berusaha bersungguh-sungguh untuk memperolehi benda-benda yang telah diciptakan Allah dengan qudratNya itu, padahal semua benda tersebut akan hancur.

Hari ini kita tidak pernah memikirkan sifat-sifat Allah, keagungan Allah dan kebesaran Allah. Kita hanya ingat kepada ayah, ibu, isteri, saudara-mara, dan anak-anak; kita tidak pernah ingat kepada Allah Subhanawataala yang telah meletakkan rasa sayang dalam hati ibu kepada kita. Ingatlah segala sesuatu yang terjadi hanya atas iradah (kehendak) Allah Subhanawataala. Allah sebenarnya sayang kepada kita kerana itu Allah telah menciptakan seluruh alam ini dan telah memberikan kepada kita perintah-perintah agar kita mengambil manfaat dari khazanahNya yang sangat luas ini. Hanya kita umat manusia yang lupa dan leka.
Jadi bagaimana kita hendak memperbaiki keadaan kita kini?
Inilah intipati yang Al-Hikmah hendak kongsikan hari ini. Maulana Umair menerangkan tempuhari bahawa kita umat manusia hendaklah terkesan oleh Allah, malaikatNya, Nabi-nabiNya, syurga, neraka, kubur dan hari hisab. Hari ini apabila datang musibah kepada kita, kita tidak boleh terkesan dengannya, kita berjalan terus (dalam usaha baiki Iman dan juga usaha Dakwah), jangan terkesan dengannya kerana usaha baiki Iman dan usaha Dakwah ini akan menurunkan hidayah Allah Subhanawataala. Jika seluruh umat manusia menginggalkan usaha ini, maka hidayah Allah tidak akan bersama dengan kita. Maulana Umar berkata jika kita lakukan usaha agama, maka perintah-perintah Allah akan hidup dalam diri kita, dalam diri orang-orang kaya, dalam diri orang-orang miskin, dalam diri para hakim, dalam diri para pedagang, dalam diri para pengusaha dan seluruh umat manusia. Apabila kita mentaati perintah-perintah Allah 100%, maka akan turun rahmat Allah, umpama turunnya hujan. Apabila rahmat Allah ini turun kepada setiap tubuh manusia, maka ianya akan masuk ke dalam hati, masuk ke dalam fikiran (otak), lidah dan seluruh anggota tubuh lain akan taat segala perintah Allah. Kemudian kemanisan Iman akan terserlah. Akhirnya ke mana pun kita pergi, Allah akan selalu jadikan diri kita sebagai sebab untuk turunnya hidayah. Kita kena selalu dekatkan diri kita kepada Allah, maka dengan itu Allah akan sentiasa akan membantu kita dalam apa jua keadaan. YAKIN inilah yang hendak kita usahakan saban hari, insyaAllah.
Sepertimana firman Allah pada surah Al-Baqarah ayat 155-156 yang bermaksud,
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
Cuba kita bayangkan jika seluruh umat manusia di muka bumi ini amalkan agama ini secara sempurna seperti yang dikehendakki oleh Allah Subhanawataala, maka akan adakah lagi masalah sosial di dunia, akan adakah lagi masalah penipuan di dunia, akan adakah lagi masalah peperangan di dunia? Jawapannya TIDAK ada lagi. Maka itu ayuh kita bangkit untuk kita amalkan agama Allah ini secara sempurna. Alim Ulama berkata sepertimana firman Allah di dalam Al-Quran bahawa agama Islam ini sudah lama sempurna tetapi kita manusia yang belum amalkannya secara sempurna.
“Wahai manusia, ikutilah Nabi kalian, janganlah ada dalam hati kalian kecintaan kepada harta dan kekuasaan, tetapi masukkanlah dalam hati kalian kecintaan kepada Allah dan RasulNya Muhammad Sallallahualaihi Wassalam, supaya manusia redha kepada Allah. Barangsiapa yang ada dalam hatinya kecintaan ini, maka akan dimudahkan baginya dalam mengamalkan agama secara sempurna.”
Allah Subhanawataala berfirman:
Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan. (Surah Al-Kahfi: ayat 109)
Kita tidak mampu menggambarkan kekuasaan Allah, keagungan Allah dan Kebesaran Allah. Oleh kerananya, kita harus mengingatkannya secara terus menerus dan berulan-ulang, sehingga tertanam Kebesaran Allah ini di dalam hati kita. Seberapa banyak kita telah melakukan perjalanan untuk urusan dunia, maka sebanyak itulah kita harus pergi untuk usaha agama dan kita sampaikan kepada manusia bahawa sesungguhnya keagungan itu milik mutlak Allah, Dia Maha Besar, Dia Maha Kuasa melakukan apa sahaja yang dikehendakkiNya dengan qudratNya, kita manusia langsung tiada kuasa apa-apa.
-Fikri Sy Hanya Dapat Ilmu...Sy blh Kongsi...Tpi Atas Korng Nk Kongsi Atau tidak..Terserah Kamu Kwn2 Ku.... :)
No comments:
Post a Comment